17 Jun 2013

SESIAPA YANG BERHAJAT



SURAU ASY-SYUKRIAH,
KAMPUNG TERSUSUN BATU 8,
31150 ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tarikh :    08 Jun 2013M
29 Rejab 1434H

عليكم٬ السلام

Yg. Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Muslimin dan Muslimat para dermawan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MELAKSANAKA AKTIVITI IHYA’ RAMADAN SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK 1434H/2013M

Dengan segala hormatnya, pihak surau amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat sekelian dapat menghulurkan sedikit sumbangan kewangan bagi kami meneruskan usaha untuk mengimarahkan surau ini khususnya di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

2.         diantara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

            2.1 Jamuan Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadan.
                        (2.1.1 Kos Pengurusan RM 350.00 satu malam)
            2.2 Tazkirah Ramadan setiap malam oleh ustaz-ustaz jemputan.
            2.3 Menjemput 2 orang imam tahfiz bagi Solat Sunat Terawikh setiap malam.
            2.4 Mengadakan aktiviti Qiamullailbersama dengan imam jemputan.
            2.5 Tadarus Al-Quran setiap malam.

3.         Justeru, pihak Surau Asy-Syukriah ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekelian untuk bersama-sama kami mengimarahkan surau ini.

4.         Segala sumbangan/wang tuan/puan bolehlah diserahkan kepada AJK Surau asy-Syukriah ini atau dimasukkan ke dalam akaun semasa surau di Bank Islam Ipoh No. Akaun : 08013010072636 dan kami ucapkan Jazakallah Hu Khairan Kathira.

Sekian, terima kasih.

Saya yang diamanahkan,


………………………..
(AZMAN BIN TAHIR)
Setiausaha.
Surau Asy-Syukriah.

            s.k. Fail Surau

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka, sesungguhnya Allah mengetahuinya.                                                                                                          (Surah Ali Imran ayat 92)

Tiada ulasan: